BAHAN
600 gm tepung serbaguna
500 gm pisang emas masak
400 gm gula perang
300 ml susu segar
10 gm serbuk penaik
Garam
300 ml minyak jagung
300 gm walnut – bakar
CARA
- Satukan pisang,gula perang dan garam, adun hingga sebati serta kembang.
- Masukkan susu perlahan-lahan hingga sebati.
- Diikuti dengan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Ayak tepung serbaguna dan serbuk penaik, tuangkan ke dalam adunan.
- Kemudian adun adunan sehingga kembang dan tidak berketul, lalu masukkan minyak jagung. Sebatikan adunan.
- Tuang adunan kedalam acuan. Bakar pada suhu 180°C selama 1 jam 20 minit mengikut saiz acuan yg di gunakan