KARAMEL MASIN POTS DE CREAM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Karamel Masin Pots De Cream adalah custard yang dibakar. Ia mempunyai nama yang unik dan istemewa. Satu cubit garam akan meningkatkan rasa custard ini. Tutup permukaan cawan dengan aluminium foil,  ia akan menghasilkan Pots De Cream yang halus dan istimewa yang anda pernah rasa.

Jom cuba resipi lazat yang dicipta oleh Curtis Stone sendiri. Curtis merupakan seorang chef terkenal dan juga bertindak selaku ketua hakim bagi pertandingan realiti program masakan, Top Chef Jr. Jangan lupa menonton Top Chef Jr. dari hari Selasa hingga Khamis, jam 8.00 malam di Lifetime (Astro 709).

Dari Buku Resepi: Curtis Stone ‘What’s For Dinner?’

Bahan-bahan

  • 60 g mentega tanpa garam
  • 3/4 cawan padat dengan gula perang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 biji vanila, dibelah memanjang
  • 1 3/4 cawan krim pekat (heavy cream)
  • 3/4 cawan susu
  • 6 biji kuning telur besar
  • Garam laut kasar, untuk hiasan

 

CaraMenyediakan                                                     

 

Masa Persediaan: 5 jam 10minit

Masa Memasak: 1jam

Masak untuk: 8 orang

Masak Terlebih Dahulu: Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 2 hari.

                                                                                       

1. Letakkan dulang bakar di rak yang tengah dan panaskan ketuhar kepada 170°C/150°C menggunakan fungsi kepanasan kipas. Letakkan lapan ½ cawan yang boleh dimasukkan ke dalam ketuhar di atas dulang bakar yang luas.

2. Dalam periuk yang besar, cairkan mentega di atas api sederhana. Masukkan gula perang dan garam lalu dikacau. Menggunakan hujung pisau kecil yang tajam, kupas biji vanilla dari kacang, campurkan ke dalam mentega, dan masukkan kacang itu juga. Kacau kira-kira 5 minit, atau sehingga campurannya mempunyai tekstur pasir tebal dan telah menghasilkan bau karamel yang wangi.

3. Kecilkan api dan masukkan krim sedikit- sedikit sambil mengacau adunan. Adunan akan menggelegak dengan cepat tetapi akan kurang apabila krim ditambah. Kacau selama kira-kira 5 minit, atau sehingga gula keras hancur dan campuran mula mendidih. Angkat periuk dari dapur dan masukkan susu dan kacau.

4. Dalam mangkuk besar, kacau kuning telur sehingga sebati. Secara beransur-ansur masukkan adunan caramel panas. Tapis custard melalui penapis halus ke dalam cawan ukuran atau mangkuk yang mempunyai muncung. Tuangkan custard ke dalam cawan, bahagikannya sama banyak. Tutup cawan dengan aluminium foil, dan buka sedikit di suatu sudut ditepi. Letakkan dulang bakardi dalam ketuhar dan perlahan-lahan tuangkan air panas ke dalam dulang bakar sehingga paras air sampai di bahagian tengah cawan, kemudian tutup sudut terbuka dengan foil. Bakar custard selama kira-kira 50 minit, atau sehingga ia masak hanya di tepi tetapi masih lembut di tengah dan bergoyang sedikit apabila cawan di goncang dengan lembut. (Berhati-hati apabila membuka aluminium foil yang penuh dengan stim panas.)

5. Keluarkan cawan dari dulang bakar dan pindahkan keluar untuk disejukkan, kira-kira 1 jam. Tutup setiap cawan dengan bungkus plastik dan simpan di dalam peti sejuk sehingga betul-betul sejuk, sekurang-kurangnya 4 jam, atau sehingga 2 hari.

6. Taburkan secubit garam di atas setiap Pots De Cream dan disediakan sejuk.

 

TontonTop Chef Jr dari hari Selasa hingga Khamis, jam 8 malam di Lifetime (Saluran Astro 709)

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan