BAHAN-BAHAN
(UNTUK 16 BIJI MUFIN)
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu besar serbuk penaik
½ cawan gula
½ sudu kecil garam
1 tin nanas hancur
1 biji telur – pukul
¾ cawan susu
¼ cawan mentega – cairkan
BAHAN HIASAN ATAS
¼ cawan mentega – cairkan
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1/3 cawan gula perang
1/2 cawan tepung serbaguna
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan ketuhar pada suhu 190⁰C. Griskan acuan mufin dengan mentega.
- Di dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung, gula, serbuk penaik dan garam.
- Nanas dalam tin ditos. Campurkan bersama telur, susu dan mentega yang telah dicairkan. Kisar sehingga sebati.
- Untuk bahan hiasan atas, di dalam mangkuk yang lain, kacau serbuk kayu manis, gula perang, tepung serbaguna dan mentega cair. Kacau rata.
- Sudukan adunan ke dalam acuan mufin, masukkan pula adunan nanas kisar dan atasnya dengan adunan nombor 4.
- Bakar selama 30 minit, cucuk dengan lidi dan jika lidi tersebut bersih menunjukkan muffin tadi sudah masak.