PASTRI DURIAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN  KASTAD DURIAN

500 ml krim

100 gm susu

Sedikit isi durian

1 biji telur saiz A

80 gm gula

2 sudu besar tepung kastad

2 sudu besar tepung gandum

 

BAHAN UNTUK PASTRI

350 gm tepung gandum

150 gm marjerin/ shortening

¾ cawan air

½ sudu kecil garam

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Penyediaan kastard: Campurkan susu dan durian ke dalam periuk. Masak di atas api yang sederhana. Kacau hingga sekata sehingga mendidih.
  2. Di dalam bekas yang lain, pukul telur dengan gula sehingga adunan gebu. Masukkan pula tepung kastad dan tepung gandum. Kacau sekata sehingga adunan tidak bergentel.
  3. Sediakan penapis, tuang adunan susu yang telah masak tadi ke dalam adunan tepung. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan semula ke dalam periuk dan masak dengan api yang kecil sehingga kastad menjadi pekat. Jika anda sukakan kastad yang agak manis tambahkan sedikit gula. Kacau dan sejukkan.
  5. Penyediaan untuk pastri: Untuk membuat pastri, campurkan tepung dengan marjerin, air dan garam. Uli sehingga menjadi doh.
  6. Rehatkan adunan selama 30 minit.
  7. Potong doh bentuk bulatan. Canaikan seperti membuat karipap dan isikan dengan kastad. Kelim tepinya. Goreng dalam minyak panas hingga keemasan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan