NASI MINYAK MEWANGI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 kg beras basmathi

¾ cawan minyak sapi

2 helai daun pandan

2 batang kulit kayu manis

1 sudu besar bunga lawang

1 sudu kecil buah pelaga

1 sudu besar halia kisar

½ cawan bawang goreng

1 tin susu cair

Garam atau stok ayam secukup rasa

800ml air

Sedikit pewarna kuning telur

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Cuci beras basmathi, satukan kesemua bahan termasuk air, susu cair, bawang goreng, garam atau stok ayam kecuali pewarna kuning.Masukan ke dalam periuk nasi. Tanak sehingga masak.
  2. Setelah nasi masak, gemburkan nasi dengan senduk, kemudian titiskan sedikit pewarna kuning atas permukaan nasi, dan biarkan 5 minit.

TIP CEF- Masakan nasi minyak mewangi amat mudah tanpa perlu ditumis darat, ia hanya masak sekali sahaja.Tujuan letak pewarna dan biarkan selama 5 minit supaya warnanya terang, kemudian baru boleh digemburkan lagi nasinya agar menarik dan harum.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan