BAHAN MOUSSE COKLAT
250 gm coklat
300 ml krim putar bukan tenusu
40ml susu segar
1 3/4 sudu besar gelatin
20 gm gula kastor
BAHAN MOUSSE OREN
1 biji parutan kulit oren
60 ml jus oren
300 ml krim putar bukan tenusu
1 1/2 sudu besar gelatin
55 gm gula kastor
BAHAN LAIN
1 biji kek span – dipotong dadu kecil
Emping jagung secukupnya
CARA MENYEDIAKAN
- Untuk menyediakan mousse coklat, satukan susu segar dan gelatin. Gunakan kaedah ‘double boil’ dan kacau sehingga gelatin cair. Ketepikan.
- Dengan kaedah sama, cairkan coklat bar. Ketepikan.
- Dalam mangkuk lain, putarkan krim putar dan gula sehingga kental.
- Ambil 1/3 daripada adunan krim putar, masukkan ke dalam adunan coklat. Kaup balik hingga sebati. Kemudian, masukkan pula campuran gelatin dan kaup balik lagi hingga rata. Masukkan ke dalam peti sejuk seketika.
- Sediakan orange mousse pula. Satukan jus oren dan gelatin ke dalam mangkuk. Gunakan kaedah double boil dan kacau sehingga gelatin larut. Biarkan sejuk.
- Dalam mangkuk lain, masukkan krim putar, parutan kulit oren dan gula. Pukul sehingga kental. Masukkan campuran gelatin tadi kedalam krim putar dan kaup balik hingga sebati.
- Seterusnya, sediakan cawan atau acuan yang bersesuaian dan masukkan sedikit kek span untuk bahagian dasarnya. seterusnya masukkan mousse coklat. Diikuti dengan emping jagung. Akhir sekali letakkan mousse oren.
- Sejukkan sekurang kurangnya 3 jam dalam peti sejuk sebelum dihidang.