BAHAN A
¾ cawan mentega
¾ cawan gula kastor
½ sudu kecil esen vanila
1 biji telur
BAHAN B- AYAK
2 cawan tepung gandum
¼sudu kecil serbuk penaik
Secubit garam
BAHAN C
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna merah
Cip coklat secukupnya
CARA
- Putarkan bahan A hingga kembang.Masukkan bahan B, sedikit dan adun menjadi doh.
- Ambil 1 cawan doh dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian warnakan hijau dan satubahagian lagi dibiarkan pada warna asal.
- Lebihan doh warnakan merah dan golekkan bulat memanjang.
- Canai doh yang tidak berwarna, letakkan doh merah atasnya dan gulung kemas.
- Kemudian canai doh hijau dan letakkan pula di atas doh tadi dan gulung kemas.Gulung kemas dan bungkus dalam pembalut plastik. Simpan dalam peti sejuk semalaman.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan gris loyang pembakar dengan sedikit mentega.
- Keluarkan doh dari pembalut plastik, potong doh menjadi bulat. Potong ditengah bulatan doh untuk dijadikan bentuk sebilah tembikai.
- Tekankan beberapa biji cip coklat sebagai biji tembikai. Bakar dalam ketuhar selama 15 minit.