Skip to Content

Saturday, August 19th, 2017
KEK KEJU MERINGUE STRAWBERI

KEK KEJU MERINGUE STRAWBERI

Saji Online

BAHAN A – Dasar Kek

160 gm biskut marie

60 gm mentega – dicairkan

 

BAHAN B – Kompot Strawberi

1 1/2 cawan buah strawberi

2 sudu besar gula – ikut citarasa

 

BAHAN C – Kek Keju

200 gm krim keju

200 ml krim keju bukan tenusu

2 1/2 sudu besar tepung gandum

4 sudu besar gula kastor (ikut citarasa)

2 biji telur

4 sudu besar sos strawberi drpd strawberi compote


BAHAN D – Meringue

2 biji putih telur

4 sudu besar gula kastor

 

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Untuk bahagian dasarnya, hancurkan biskut di dalam mesin pengisar makanan. Kemudian, masukkan mentega cair dan kisar rata.
  2. Tuang ke dalam loyang. Ratakan serta tekan biskut tersebut supaya mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  3. Untuk kompot strawberinya pula, bersihkan buah strawberi dan potong dua. Masukkan ke dalam periuk bersama gula. Masak hingga air pada strawberry tersebut memekat.
  4. Kemudian ambil buahnya sahaja dan susun di bahagian tengah loyang. Masukkan semula ke dalam peti ais.
  5. Seterusnya untuk kek, putar krim keju hingga berkrim. Masukkan sos kompot strawberi tadi dan pukul rata.
  6. Masukkan gula dan pukul sebati. Diikuti pula dengan tepung dan pukul lagi.
  7. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Akhir sekali masukkan krim putar. Pukul sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan ratakan. Panaskan ketuhar pada suhu 150°C dan bakar selama 60-65 minit dengan kaedah waterbath. Balut bahagian bawah loyang dengan aluminium foil supaya air tidak masuk ke dalam.
  9. Selepas dibakar, biarkan di dalam ketuhar sehingga ketuhar tersebut sejuk. Kemudian, barulah masukkan ke dalam peti sejuk semalaman sebelum dikeluarkan daripada loyang.
  10. Untuk bahagian meringue pula, pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil memukul putih telur. Pukul sehingga kental.
  11. Masukkan ke dalam beg piping dan paipkan meringue di atas kek keju. Gunakan ‘torch burner’ untuk membakar meringue tersebut. Sedia dihidang.

 

PESAN SAJI

Waterbath adalah kaedah dimana loyang adunan diletakkan di dalam loyang yang lebih besar. Kemudian, masukkan air panas di dalam loyang besar tersebut dan dibakar sekali di dalam ketuhar.

 

 

Previous
Next