Skip to Content

Saturday, August 19th, 2017
KEK KEJU TEH HIJAU

BAHAN A – Dasar Kek

1 keping kek span – saiz 18cm

(atau boleh guna dasar biskut)

 

BAHAN B – Kek

30 gm teh hijau segera

250 gm krim keju

200 ml krim putar bukan tenusu

60 gm gula kastor – ikut citarasa

1 1/2 sudu besar gelatin halal

Sedikit air panas

 

BAHAN C – Jeli Teh Hijau

4 gm – 5 gm serbuk jeli tanpa perisa

350 ml air

15 gm teh hijau segera

3 sudu besar gula – ikut citarasa

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Untuk bahagian dasarnya, letakkan kek span di tengah2 loyang springform bersaiz 20cm. Pastikan ada ruang di bahagian tepi dengan keluasan yang sama besar.
  2. Untuk bahagian keknya pula, cairkan gelatin di dalam air panas. Dalam mangkuk, masukkan krim keju, gula, dan teh hijau segera. Pukul sehingga berkrim. Masukkan gelatin yang dicairkan dan gaul rata.
  3. Dalam mangkuk lain pula, pukul krim putar sehingga kental. Campurkan dan kaup balik perlahan-lahan adunan krim putar ini bersama adunan keju tadi hingga rata.
  4. Masukkan ke dalam loyang dan ratakan. Pastikan bahagian tepi loyang dimasukkan dahulu untuk mengelakkan ada ruang yang tidak diisi. Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam atau lebih.
  5. Sementara itu, sediakan jelinya. Masukkan semua bahan untuk jeli ke dalam periuk. Masak sehingga jeli cair dan sebati.
  6. Keluarkan loyang kek keju tadi dan tuangkan jeli di atasnya. Pastikan tiada buih, supaya kek keju anda kelihatan licin. Jika ada buih, ambil lidi dan cucuk buih tersebut.
  7. Masukkan semula ke dalam peti sejuk semalaman, sebelum dipotong dan dihidangkan.

 

PESAN SAJI

Jika gelatin tidak mencair dengan air panas, cairkannya di dalam dalam microwave atau pun dengan kaedah double boiler.

Previous
Next