Skip to Content

Monday, June 26th, 2017
PUDING KEK COKLAT MUG

BAHAN BAHAN

1 cawan tepung naik sendiri

1/2 cawan gula kastor

1/4 cawan serbuk koko |ayak

1/2 cawan susu segar

50g mentega |cairkan

1 biji telur

1 sudu kecil esen vanila

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.
  2. Masukkan tepung naik sendiri, gula dan serbuk koko dalam mangkuk pengadun. Gaul rata.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan susu segar, mentega yang dicairkan, telur dan esen vanila ke dalamnya. Gaul sebati.
  4. Masukkan bahan basah (langkah 3) ke dalam bahan kering (langkah 2) dan gaul rata. Masukkan ke dalam dua mug saiz besar dan letakkan ke dalam loyang. Letakkan air panas ke dalam loyang tersebut sehingga 1/3 penuh.
  5. Bakar selama 35-45 minit. Setelah siap, biarkan di luar selama 3-4 minit. Hidangan ini enak dimakan panas-panas bersama aiskrim vanila.

 

 

Previous
Next