MOUSSE DURIAN BERKEJU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN DASAR :          

160 gm biskut kraker – kisar kasar

40 gm kacang badam – kisar kasar

90 gm mentega cair

 

INTI MOUSSE :      

200 gm isi durian – kisar

150 gm krim keju

50 gm  gula aising

8 gm gelatin – campurkan dengan air & panaskan hingga cair

40 ml air

200 gm krim bukan tenusu – putar hingga kembang

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Campurkan biskut, badam, mentega dangaul sebati.
  2. Masukan ke dalam acuan kecil. Tekankan hingga padat dan sejukkan.
  3. Pukul krim keju dan gula aising hingga lembut.
  4. Masukkan durian kisar, pukul sebati.
  5. Masukkan larutan gelatin. Kacau sebati.
  6. Masukkan krim putar, kacau perlahan.
  7. Masukkan mousse durian ke dalam acuan tadi.
  8. Sejukkan selama 4 jam.  Keluarkan dari acuan dan hidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan