10 RAHSIA SAYUR

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

OLEH :Rosmarlinda Kamarudin

Bukan sekadar hanya makan sayur, sepatutnya anda juga perlu tahu rahsia di sebalik keenakkan sayur yang anda nikmati.

  1. CILI MERAH – BERSIHKAN SALURAN DARAH
  • Kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat galian seperti besi, kalsium, fosforus, sodium dan potassium.
  • Mampu menghilangkan sakit kepala, apabila dihirup paprika pedas dalam cili mengandungi aspirin yang tinggi.

 

  1. BENDI – MENSTABILKAN GULA DALAM DARAH
  • Amalkan minum air rebusan bendi, ia mampu menstabilkan gula dalam darah.
  • Lendir bendi boleh menyejukkan badan dan melembutkan kulit.
  • Air rebusan bendi melawaskan pembuangan air kecil, melicinkan bahagian dalam usus serta mencuci hati.

 

  1. TIMUN – TURUNKAN BERAT BADAN
  • Selain menurunkan berat badan, jus timun juga sesuai untuk mengubati gastrik.
  • Kaya dengan potassium, magnesium dansilikon yang baik untuk kulit.
  • Mampu mengurangkan risiko penyakit kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

 

  1. DAUN KESUM – MERAWAT KEPUTIHAN
  • Air rebusan daun kesum boleh merawat keputihan.
  • Dijadikan ulaman untuk menghidari perut kembung dan ketidakhadaman.

 

  1. DAUN SUP – MEMBERSIHKAN BUAH PINGGANG
  • Amalan minum air rebusan daun sup, dapat membuang toksik, racun serta garam berlebihan dalam badan yang akan dibuang melalui air kencing.
  • Mampu mencergaskan otak terutamanya kanak-kanak.

 

  1. PUDINA –MERAWAT CIRIT-BIRIT
  • Makan daun pudina segar akan merawat masalah cirit-birit secara mudah dan semulajadi.
  • Membersihkan salur pernafasan serta kahak.
  • Bersifat sebagai anti septik, anti virus dan anti parasite.

 

  1. SERAI – UBAT GOUT DAN SENDI
  • Air rebusan serai dapat meredakan gout, sakit sendi dan artritis.
  • Merawat angina dalam perut.
  • Serai mempunyai citral yang mampu menyingkirkan kolesterol berlebihan.

 

  1. TERUNG – MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
  • Rendah kalori dan lemak tetapi kaya dengan serat mudah larut.
  • Antioksidan dalam terung mampu mencegah tumur otak, penyakit jantung dan serangan jantung.

 

  1. KACANG BUNCIS – MENCEGAH KANSER PERUT
  • Kandungan serat yang tinggi bagus untuk melancarkan pencernaan.
  • Kaya dengan protein dan vitamin
  • Boleh mengawal metabolisme gula dalam darah dan boleh menurunkan berat badan.

 

  1. BAWANG MERAH – UBAT BUASIR
  • Mengunyah bawang mentah boleh membasmi bacteria serta mengubat buasir.
  • Amalan makan bawang mentah baik untuk penawar radang paru-paru, kahak, demam dan jarang dihinggapi penyakit.

 

FOTO : SUMBER GOOGLE

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan