MISTERI EE PRIMULA CAFÉ TERUNGKAI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Café ini memang cukup terkenal di Langkawi. Cuma kebelakang ini ada sosek-sosek angin mengatakan kualiti makanannya sudah tidak sehebat dahulu.

Di sinilah SAJI memainkan peranan dan cuba selidik kebenaran di sebalik misteri EE Primula Café. Benarkah apa yang diperkata? Jom kita terjah! (ala-ala Mastika). Saji memesan Lamb Chop, Burger Bakar, Clam Chowder dan EE Salmon & Mushroom Pasta.

Suapan pertama EE Salmon & Mushroom Pasta. Beberapa kali SAJI menelan liur dan memejam mata kenikmatan…sedapnya tak terkata. Aroma salmon dilengkapkan dengan kesempurnaan gravy hidangan ini. Sedap…sedap…sedap. Alangkah bagus kalau ada perkhidmatan delivery ke Lembah Klang.

Hanya RM12, namun hidangan Lamb Chop yang terhidang di atas meja cukup memuaskan hati. Kelembutan daging dan rasa sos lada hitam yang ringan dan lembut, menimbulkan pertanyaan yang cukup misteri. Sanggupkah pemilik berkongsi resipi?

Dan jika singgah ke sini, jangan sesekali lupakan Clam Chowder. Pembuka selera yang sempurna dan membuatkan malam anda begitu berharga…(hehe). Pendek kata, apa yang tinggal di atas meja hanyalah pinggan, tiada langsung sisa makanan.

Dan misteri terungkai apabila SAJI menemui isteri pemilik, Nazirah binti Hamid untuk berbicara. Ulasnya, mereka baru sahaja mengambil alih restoran ini semula selepas beberapa tahun menyewakannya. Jadi tidak hairanlah jika pemilik asal berusaha untuk mengembalikan detik kegemilangan EE Primula Café. Dan nyata, ia berjaya.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan