FIKCLES – You Don’t Need A Silver Spoon To Eat Good Food

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Petang yang cukup santai. Ruang kecil ini cukup mesra dan tenang. Indahnya jika setiap petang boleh ke sini meleraikan kekusutan. Terletak di Taman Tun Dr Ismail, FIKCLES menawarkan pelbagai menu, daripada sarapan ala kampung hinggalah ke hidangan barat, semuanya terpulang pada tekak anda.

Bukan tugas mudah memastikan kualiti hidangan berada pada sempurna, namun café ini berjaya menetapkan standard tertentu bagi memastikan pengunjung berpuas hati dengan bayaran yang dikenakan.

Saat menjejakkan kaki, sudah terhidu aroma menyelerakan daripada dapur. Rupanya Chef Haiqal Syazri sedang menyediakan Lontong Goreng untuk hidangan pertama Saji. Cukup memukau selera. Berkeroncong perut melihat ‘kecantikan’ yang terhidang di depan mata. Asyik bersarapan dengan Nasi Lemak, Mehun Goreng, jadi kali ini kita ‘sarapan’ petang dengan Lontong Goreng. Pembuka hari yang cukup sempurna. Kelembutan lontong, diserikan dengan sambal beserta ricikan halus ayam, hidangan lengkap di pagi hari. Sedap.

Masih lagi hidangan sampingan, Mushroom Junkie, sesuai untuk hidangan petang. Cendawan disalut bersama sos berkrim. Seperti sos carbonara, cukup ringan dan sedap hingga menjilat jari.

Kita beralih kepada hero utama iaitu Braised BBQ Short Ribs. Fuhhh, memang meleleh air liur. Ketepikan pisau kerana dagingnya cukup lembut dan berjus. Cair di dalam mulut. Dan lebih menarik, kentang lenyek cukup halus dan penuh krim. Saji bagi 5 bintang.

Jika mahukan kelainan, boleh memesan Salted Egg Squid yang dibalut bersama tortilla dan salad segar. Saji jatuh cinta dengan gigitan pertama, lebih-lebih lagi terselit cili padi. Memberi letupan rasa yang mengujakan. Saji telah sertakan resepi di artikel lain untuk rujukan.

Jom kite beralih kepada pencuci mulut. Menurut pemilik, Huda, Cheese Stick Ice Cream merupakan antara menu popular di sini. Nak rasa bagaimana rasa aiskrim Jepun? Jemputlah singgah Fikcles.

Masa yang ditunggu-tunggu untuk memperkenalkan heroin Fikcles, Milkshake Craze. Satu kelainan yang cukup ‘gila’ dan penuh gaya. Jangan lupa pesan bersama air mineral. Apa yang penting, rasanya memang meletup.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan