JOM TENGOK HANTU!!!

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Kalau ke Penang, jangan asyik ingat nak makan sahaja. Mentang-mentanglah Penang syurga makan, habis semua kedai diterjah sampai perut pun tak tahu nak letak di mana.

Apa kata, lepas makan, kita melawat muzium best? Bila sebut sahaja muzium, pasti terbayang, pameran artifak lama atau apa sahaja yang berkenaan sejarah. Haaa…semua salah.

Saat langkah kaki pertama, tak dapat nak bayangkan betapa berdebarnya hati. Suasana suram menyelubungi. Dan terus terkeluar jeritan dek terkejut melihat sosok wanita berdiri di hujung sudut.

Benarlah kata orang, hantu Melayu paling menakutkan. Walaupun tahu lembaga yang terpacak di depan mata hanyalah patung, namun bulu roma tetap tegak berdiri. Perjalanan masuk ke muzium kecil ini didahulukan dengan hantu Melayu. Daripada hantu pocong, langsuir, pontianak, penanggal…aishhh macam-macam hantu ada di sini. Dan lebih menarik, perjalanan Saji sepanjang menyelusuri makhluk-makhluk menakutkan ini disertakan dengan kru yang akan memberi penerangan mengapa setiap hantu wujud. Memang dahsyat. Perempuan mati beranak pun ada dekat sini. Kalau lemah jantung jangan sesekali beranikan diri. Saji pun penat asyik menjerit terkejut bila tiba-tiba hantu muncul depan mata.    

Hantu Cina pun ada. Dalam hati janganlah hantu ni melompat-lompat. Kalau nak bergambar dengan hantu Mesir, Jepun dan drakula pun ada di sini. Tapi percayalah bila SAJI katakan hantu Melayu paling menusuk ketakutan paling mendalam…heeeeee (mengilai panjang)

  

Pesan SAJI, bersabarlah bersungguh-sungguh kalau tak tahan nak terkucil…hahaha… Ada sesuatu dalam tandas!!!

Tiket Masuk :

Dengan MyKad

Dewasa – RM18.00

Kanak-kanak / Pelajar / Warga Emas – RM10

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan