DWAP BARBARIAN… MAKAN SAMPAI PENGSAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Huish… memang stail makan orang Barbarian, makanan penuh satu pinggan. Daging dan ayam tak usah cakaplah, memang membuak-buak keluar daripada pinggan. Kalau makan hari Isnin, confirm kenyang sampai Jumaat. Kalau tak percaya, cuba pesan Lamb Viking. Memang terbeliak biji mata. Saji berani beri jaminan, Lamb Viking memang terbaik. Mana nak dapat sandwich macam ni? Daging lebih daripada roti?

Apa yang menarik, pemilik, Mohd Khairul Yusoff b Mohd Izham mengolah citarasa menu mengikut tekak orang Asia. Katanya, dia tidak mahu hidangannya 100 peratus seperti makanan Barat kerana ianya cepat memualkan. Dan atas sebab itu juga, sos dan resipi dicipta sendiri bagi memberikan satu keunikan kepada setiap gigitan.

Kalau tak percaya, anda boleh rasakan sendiri Thakkey Chicken Burger. Ada kejutan di dalamnya. Memang berasap hidung. Mana tidaknya, burger ini diselitkan dengan sos wasabi dan anda pasti ternanti-nanti bila gigitan akan mengenai sasaran. Nahhh, rasakan.

Dan BBQ Beef Ribs…memang puas makan. Harga dijamin murah. Sos tidak terlalu manis seperti kebiasaan dan kepedasan datang perlahan-lahan memberikan satu kepuasan yang cukup maksimum. Dan untuk menambahkan skala keenakan, serikan setiap gigitan dengan salad yang dihidangkan. Memang meletop!

Untuk pencuci mulut, pemilik mencadangkan Nacho Libre. Mungkin kelihatan seperti menu biasa, tapi setiap suapan ada kerangupan. Dan setiap lapisan punya rasa tersendiri. Nacho dihancurkan dan menjadi pencetus rasa yang cukup enak dengan gabungan aiskrim, strawberi dan coklat. Slurppp…

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan