DON’S DINER – MEWAH & BERBALOI BALOI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Percaya tak apa yang SAJI katakan? Dan pernahkah terlintas dalam imaginasi bahawa kita mampu untuk menikmati hidangan mewah di restoran serba lengkap dengan harga yang sangat berpatutan.

Kenapa SAJI kata murah? Apa tidaknya, hidangan Crab Father adalah sebesar meja (korang tak salah baca). Betul, sebesar meja hanya berharga RM255. Dan lebih menarik hidangan laut yang terhidang di depan mata cukup menggamit selera…sedap ya ampunnn. Menurut menu, hidangan ini adalah untuk 4 hingga 6 orang makan. Jadi korang bahagikan sahaja amaun harga dan nah, berbaloi kan?

Dan tentu peminat Don’s Diner sudah sedia maklum dengan menu pencuci mulut TERpaling popular iaitu Don’s Grenade. Jika singgah ke sini, tolonglah (SAJI merayu ni) order Don’s Grenade. SAJI berani jamin korang akan ternganga mulut melihat kehebatan hidangan ini. Cantik di mata dan TERsangatlah enak di mulut. Sedapnya tak terkata lebih-lebih lagi apabila kek coklat dan aiskrim berpadu di dalam mulut.

SAJI juga dihidangkan dengan Grilled Lambrack. Fuhhh, mencabar selera. Dan sudah tentu, apabila kualiti yang dipertaruhkan, tak perlu risau akan kehebatannya. Pendek kata orang tak ada gigi pun boleh makan…hahaha. Lembut dan sangat juicy.

Satu lagi hidangan wajib cuba adalah Linguine ala Granchio yang dihidangkan bersama soft shell crab.

Kalau tak percaya apa kata kita singgah ke Don’s Diner yang baru sahaja membuka cawangan baru di Bandar Baru Bangi. Berkonsepkan filem The Godfather, kata pemilik, Sharifah Nur Aliyah Syed Muhd Azman, bukanlah imej mafia yang ingin diketengahkan, sebaliknya hubungan kekeluargaan dan dekorasi menjadi keutamaan.

Untuk tempahan, boleh hubungi : 0183633626.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan