KERABU BETIK MUDA GORENG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

1 biji betik muda

½cawan udang saiz sederhana- goreng

3 tangkai kacang panjang –potong 1 inci

3 sudu besar kacang goreng – tumbuk kasar.

5 sudu besar sos ikan

2 sudu besar air limau nipis

3 sudu besar gula nira putih

1 biji tomato – hiris

2 biji telur rebus – goreng seketika

 

BAHAN TUMBUK

2 ulas bawang merah

5 tangkai cili padi

1 sudu kecil udang kering -rendam air panas sampai kembang

 

CARA

  1. Betik muda, hiris memanjang. Kemudian goreng hingga garing. Ketepikan.
  2. Tumbuk bawang merah, cili padi dan udang kering. Masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Kemudian masukkan kacang goreng, betik dengan kacang panjang. Gaul hingga sekata.
  4. Tuangkan sos ikan, air limau nipis, gula,udang goreng dan tomato.
  5. Kacau hingga mesra dan sajikan segera bersama telur rebus yang digoreng.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan