BAHAN-BAHAN
1 bahagian peha tanpa tulang
BAHAN FARCED
300 gm isi ayam
10 ml krim masak
1 biji telur
1/2 sudu besar lada hitam
Sedikit garam
BAHAN INTI
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji cendawan butang segar – hiris nipis
3 keping cendawan shitake segar – hiris nipis
15 helai daun bayam – celur dan rendam dalam air sejuk
½ labu bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
BAHAN SOS
30 ml sos perang
Sedikit daun thyme
1 helai daun bay
½ sudu besar lada hitam
1 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
- Hiris nipis paha ayam. Kemudian letakkan garam dan lada hitam di kedua-dua bahagian ayam. Perap ayam selama 10 minit.
- Sementara itu sediakan `farced’ : Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
- Bahan inti: Panaskan kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daun thyme, cendawan butang dan cendawan shitake. Tumis sehingga 5 minit.
- Kemudian masukkan bayam, lada hitam dan garam. Bila dah masak sejukkan `farced’ tadi.
- Letakkan ayam yang telah diperap tadi ke atas plastik dan sapukan `farced’ ayam tadi di seluruh permukaan ayam. Letakkan inti secara melintang di tengah ayam.
- Bila dah siap gulung ayam dengan ketat dan padat. Ikat hujung kedua-dua plastik. Kemudian bungkus ayam tadi dengan pembungkus aluminium dan kukus ayam selama 30 minit.
- Untuk sos: Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan masukkan daun bay, daun thyme, lada hitam dan stok ayam. Masak hingga sos menjadi pekat.
- Masukkan garam dan akhir sekali baru mentega.
- Ayam yang sudah masak tadi keluarkan daripada pembungkus dan potong. Hidang bersama kentang lenyek, sayur dan sos herba.