BAHAN-BAHAN
200 gm dada ayam
1 sudu kecil lada hitam
20 gm keju mozarella
1 keping ham ayam
20 gm tepung
1 biji telur
3 sudu besar serbuk roti
Garam secukup rasa
BAHAN SOS
5 biji cendawan butang
30 ml sos perang
1 helai daun bay
Sedikit daun thyme
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih – cincang
Sedikit mentega
CARA MENYEDIAKAN
- Potong dada ayam di bahagian tepinya seperti membuat `poket baju’
- Kepingan ham digulung bersama keju dan sumbatkan dalam `poket’ dada ayam tadi.
- Kemudian gaul ayam tadi dengan tepung, telur dan akhir sekali celupkan dalam serbuk roti pula. Pastikan ayam bersalut penuh serbuk roti.
- Panaskan minyak dan goreng ayam kekuningan. Angkat bila dah masak potong ayam. Hidangkan bersama kentang goreng dan sayur.
- Sementara itu untuk sos pula, panaskan periuk dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang putih, daun bay, daun thyme dan cendawan. Selepas 3 minit masukkan sos perang dan biarkan pekat. Akhir sekali masukkan mentega. Rasakan garam dan lada hitam.