BAHAN DOH :
100 gm keju parmesan
100 gm keju mozarella / cheddar
100 gm gula
Sedikit tepung gandum
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan bahan doh dan uli sebati.
- Canai doh memanjang, jika melekit boleh taburkan sedikit demi sedikit tepung gandum.
- Potong memanjang dan putar sedikit dohnya, sapu dengan air dan taburkan gula, keju parmesan dan mozzarella atau cheddar.
- Susun atas loyang pembakar. Bakar pada suhu 190⁰C selama 20 minit.
Boleh gunakan lebihan doh ban kentang yang telah disimpan dalam peti sejuk selama sehari ( pastikan doh ditutup dengan pembungkus plastik)
PESAN SAJI: Pastikan doh jangan terkena air dalam peti sejuk, jangan risau apabila doh telah berganda besarnya. Tanda ia sesuai untuk dijadikan mini potato cheesestick dan ia juga dinamakan sebagai doh masam.