BAHAN-BAHAN:
½ batang roti Peranchis
300 gm ubi kentang – hiris nipis
200 ml krim masakan
100 gm krim keju
100 gm keju parmesan
1 sudu kecil serbuk paprika
Secubit lada hitam
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk buah pala
10 biji tomato ceri
5 batang filament ketam
CARA MENYEDIAKAN:
- Potong roti setengah inci tebal, sapukan dengan krim keju.
- Panaskan mentega dalam pan, masukkan hirisan kentang , paprika, serbuk pala dan lada hitam. Biar sehingga ia pekat dan hampir kering. Masukan keju parmesan dan matikan api.
- Susun hirisan kentang yang telah dimasak atas potongan roti, (dinamakan gratin kerana hirisan kentang dimasak atau dibakar dan disusun). Kemudian hirisan filamen ketam dan tomato. Siap untuk dihidangkan.