NASI PEGAGA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan A

1 kg beras basmathi

100 gm minyak sapi

 

Bahan B

2 helai daun pandan

Secukupnya rempah empat sekawan

 

BAHAN KISAR

8 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

3 cm  halia

 

Bahan C

1 kiub pati ayam

7 helai daun pudina

½ cawan hirisan daun bawang

½ cawan susu cair

1 biji limau nipis – campurkan dengan susu untuk dijadikan tairu

1550 ml air

 

Bahan  D

2 genggam pucuk pegaga

1 cawan gajus

1 cawan kismis

½ cawan bawang goreng

Secukup kacang pis

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B dan bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan A.
  2. Masukkan bahan C dan biarkan nasi masak.
  3. Setelah nasi masak gaulkan daun pegaga. Taburkan gajus, kismis, bawang goreng dan kacang pis.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan