BAHAN DOH BAN KENTANG :
240 gm tepung berprotein tinggi
60 gm tepung kentang
10 gm tepung susu
40 gm gula
Secubit garam
1 sudu besar yis segera
1 biji telur
150 ml air sejuk
30 gm mentega atau marjerin
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan ke semua bahan kering dalam mangkuk, masukkan telur dan air sejuk, uli sehingga menghasilkan doh.
- Campur mentega dan uli lagi dan terus menguli sehingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Tutup doh dengan plastik atau kain lembap. Biarkan ia selama 50 minit atau berganda saiznya.
- Bahagikan doh kepada 60 hingga 70 gm sebahagian. Bentukkan bebola, simpan dalam peti sejuk sebentar 10 minit.
- Canai doh membentuk segi empat bujur, gulung sehingga menjadi seakan bola. Alaskan atas loyang pembakar yang telah digris, biar ia selama 45 minit atau berganda saiznya.
- Hiaskan dengan paipkan kastard atas permukaan ban. Bakar pada suhu 190⁰C selama 15 minit. Apabila sejuk belah bahagian tengah dan hiaskan dengan inti krim dan badam madu.
PESAN SAJI:Untuk pastikan doh sedia untuk dijadikan ban, tekan bahagian tengah doh, dan doh tidak menurun dan hanya menunjukkan tanda jari yang ditekan sahaja.Ia menandakan doh telah sedia untuk dijadikan ban.