BAHAN DOH MINYAK :
220 gm tepung gandum
100 gm shortening/lelemak sayuran
BAHAN DOH LEMBAP :
220 gm tepung gandum
40 gm shortening / lelemak sayuran
40 gm gula aising
100 ml air
Bahan sapuan – 1 biji telur + bijan
BAHAN INTI:
100 gm daging ayam – potong dadu
100 gm ubi kentang – potong dadu
100 gm sengkuang – potong dadu
1 sudu kecil lada sulah
Secubit lada hitam
Garam secukup rasa dan sedikit air
CARA MENYEDIAKAN:
- Cara membuat inti, rebus sekali ke semua bahan sehingga empuk, kemudian sejukkan.
- Untuk menyediakan doh minyak, satukan ke semua bahan, uli sehingga menjadi doh yang lembut, rehatkan 30 minit.
- Cara membuat doh lembap, satukan ke semua bahan, uli sehingga menjadi doh lembut , rehatkan 30 minit.
- Untuk membuat kulit siew pow, bahagikan kedua-dua jenis doh kepada 20 biji bebola. Masukkan doh minyak ke dalam doh lembap (seperti membuat kulit karipap pusing).
- Canaikan doh memanjang, kemudian gulung seperti membuat swissroll. Dirikan doh canai lagi dari arah atas dan akan menjadi doh yang dicanai bulat ( jangan terlalu nipis biar sederhana sahaja) masukkan inti secukupnya, bentukkan siew pow.
- Lakukan sehingga selesai doh minyak dan lembap, sapukan dengan telur dan taburkan bijan atas permukaan siewpow.
- Bakar pada suhu 180⁰C selama 20 hingga 25 minit.