GYOZA DAN WANTAN SARDIN BERKENTANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

15 keping pastri gyoza

15 keping pastri wantan

1 tin kecil sardin

2 biji ubi kentang saiz besar – dadu kecil

1 tangkai cili merah – cincang

1 ulas bawang merah – cincang

Sedikit air

Gula dan garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan ke semua bahan dalam periuk kecuali pastri gyoza dan wanton.
  2. Masak sehingga empuk kemudian perasa dengan gula dan garam. Inti siap untuk diisi ke dalam pastri.
  3. Pastikan inti sejuk dahulu, sudukan inti ke dalam pastri gyoza dan wanton, gunakan sedikit air untuk melekatkan pastri. Siap untuk digoreng.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan