CUCUR KENTANG JAGUNG SAMBAL KICAP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 biji ubi kentang – hiris memanjang

½ cawan isi jagung – cincang kasar

1 cawan tepung gandum

½ sudu kecil soda bikarbonat

½ sudu kecil serbuk penaik

½ cawan air

Garam secukup rasa

Minyak masak secukup untuk menggoreng

 

SAMBAL KICAP:

1 tangkai cili merah

6 tangkai cili padi

1 ulas bawang putih

Kicap manis

Kicap masin

Air limau kasturi

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk, kacau sehingga sebati, air boleh tambah sedikit lagi sekiranya perlu. Biarkan 15 minit untuk merehatkan adunan.
  2. Goreng sehingga cucur masak kekuningan ( saiz terpulang kepada anda sama ada ingin kecil atau besar )
  3. Cara buat sambal kicap, kisar semua bahan kecuali air limau, setelah kisar baru masukkan air limau. Siap untuk di makan bersama cucur.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan