BAHAN A:
25 ulas bawang putih – cincang
3 sudu besar serbuk cili kasar
Minyak menumis
BAHAN B
4 keping mi telur
Air
2 kiub pati ayam
3 jenis bebola ikan/kek ikan
Lobak merah
BAHAN C
Sawi putih
Daun bawang
CARA MENYEDIAKAN
- Mulanya kita sediakan kuah cili terlebih dahulu. Ia boleh disimpan selama sebulan. Panaskan kuali dan masukkan bawang putih dan goreng garing.
- Kemudian masukkan cili serbuk kasar. Angkat dan ketepikan. Jangan gunakan terlalu banyak minyak. Minyak cili itu hendaklah disimpan dengan minyaknya sekali.
- Kemudian kita simpan dalam bekas.
- Mi telur direndam dengan air panas dan tuskan.
- Dalam periuk, tuangkan air untuk kuah (ikut keperluan) dan masukkan bebola dan kek ikan, lobak serta kiub pati ayam.
- Rebus sehingga bebola masak. Masukkan sedikit garam jika perlu.
- Masukkan sawi.
- Kuahnya kena lebih dan sewaktu menghidangkan dan sudukan sedikit cili tumis dan gaul.
- Masukkan mi dalam mangkuk dan tuangkan kuah. Kuah ini akan bau wangi kerana tumisan bawang putih tadi dan rasa pedasnya akan terbit kerana ada cili kasar serbuk.