BAHAN A:

3 keping mi telur – rendam air panas

Bawang goreng

Daun bawang

 

BAHAN B:

15 ulas bawang putih – tumbuk

½ sudu besar lada hitam – tumbuk

Minyak

Garam

Sos tiram

 

BAHAN C

Cendawan

Kapsikum merah

Pak coy – jika suka

 

BAHAN D:

Hati ayam – rebus dan hiris

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kuning.
  2. Masukkan hati ayam, lada putih, garam dan sos tiram.
  3. Gaul sebati selama 10 minit. Kemudian masukkan cendawan. Biarkan cendawan masak.
  4. Akhir sekali masukkan mi, kapsikum dan pak coy. Gaul sebati.