BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam (seberat 600 gm)

Seikat kailan

Sedikit minyak bijan

 

Bahan sos:

100 gm kicap cair

50 gm gula batu

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masak air sehingga betul-betul panas, masukkan ayam dan tutup api. Biar selama 45 minit.
  2. Keluarkan ayam dan rendamkannya dalam air berais selama satu jam.
  3. Setelah itu, keluarkan ayam dan potong kecil. Sapukan sedikit minyak bijan pada ayam.
  4. Tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan bersama kailan yang telah dicelur serta disapu dengan sedikit minyak.
  5. Untuk sos pula, masak gula batu bersama kicap cair sehingga hancur dan sebati.