MI KARI UDANG GALAH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

2 paket mi kuning

 

BAHAN TUMBUK LUMAT:

3 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

cili kering (ikut kesesuaian kepedasan)

2 sudu besar serbuk kari ayam/daging

Sedikit kayu manis, bunga lawang n cengkih

10 ekor udang kertas

2 ketul isi ayam – potong kecil

10 ekor udang galah saiz sederhana

Santan kelapa secukupnya

Sayur sawi, tauge, daun sup/bawang, bawang goreng & telur rebus

2 ketul kiub ayam

Garam secukup rasa

 

CARA:

  1. Tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih seketika kemudian masukkan bahan tumbuk lumat yang telah dicampur dengan serbuk kari. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang, ayam dan kacau seketika.
  3. Kemudian masukkan santan secukupnya dan biarkan mendidih dan masukkan garam dan kiub ayam sambil dikacau selalu, supaya tidak pecah minyak.
  4. Mi dan sayur dicelur sebelum dihidangkan bersama dengan kuah dan bahan hiasan yang lain.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan