BUBUR LAMBUK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

2 cawan beras [rebuskan dalam slowcooker]

1 sudu besar lada hitam

2 cm halia

5 ulas bawang merah

1 ikat daun paku merah

4 tangkai daun kesum

1 helai daun kunyit

1 cawan udang basah saiz kecil

2 ekor ikan selayang/kembung [rebus dan ambil isi]

Air secukupnya

Garam

 

CARA:

  1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
  2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yang dihancurkan ke dalam bubur nasi tadi.
  4. Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
  5. Masukkan sayur-sayuran dan garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu. Angkat dan hidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan