ASAM GUMPAL

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

4 cawan sagu

8 cawan air panas

1 biji kelapa – diambil santannya

1 cm halia – dipotong memanjang

2 ulas bawang merah – di mayang

1 helai daun pandan

2 sudu kecil halba

1 cawan kacang hijau

1 cawan gula

Air secukupnya untuk masak inti kacang

Daun pisang

 

CARA:

  1. Rebus kacang hijau bersama air sehingga empuk. Tambahkan sedikit gula merah dan gula putih.
  2. Kacau kacang sehingga kering dan matikan api serta biarkan sehingga sejuk. Bulat-bulatkan inti sebesar biji guli dan ketepikan sebentar.
  3. Rendamkan pula sagu bersama air panas yang mendidih dan tunggu sehingga sejuk.
  4. Kemudian kepalkan sagu tersebut dan masukkan inti kacang hijau di tengahnya.
  5. Letakkan dalam bekas kukusan yang di alas dengan alumunium foil atau daun pisang. Kukuskan sagu yang dibulatkan tadi sehingga masak kira-kira 15 hingga 20 minit.
  6. Untuk kuah pula, masakkan santan bersama halia, halba, bawang merah dan daun pandan sehingga mendidih.
  7. Masukkan sagu yang bulat-bulat tadi dan masakkan sebentar kira-kira 2 hingga 3 minit. Sejukkan dan siap untuk dihidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan