BAHAN:
2 paket mi kuning
BAHAN TUMBUK LUMAT:
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
cili kering (ikut kesesuaian kepedasan)
2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
Sedikit kayu manis, bunga lawang n cengkih
10 ekor udang kertas
2 ketul isi ayam – potong kecil
10 ekor udang galah saiz sederhana
Santan kelapa secukupnya
Sayur sawi, tauge, daun sup/bawang, bawang goreng & telur rebus
2 ketul kiub ayam
Garam secukup rasa
CARA:
- Tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih seketika kemudian masukkan bahan tumbuk lumat yang telah dicampur dengan serbuk kari. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan udang, ayam dan kacau seketika.
- Kemudian masukkan santan secukupnya dan biarkan mendidih dan masukkan garam dan kiub ayam sambil dikacau selalu, supaya tidak pecah minyak.
- Mi dan sayur dicelur sebelum dihidangkan bersama dengan kuah dan bahan hiasan yang lain.