BAHAN-BAHAN
¼ cawan mentega kacang
¼ cawan gula aising
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar minyak jagung
CARA MENYEDIAKAN
- Satukan mentega kacang dan gula aising. Gaul sebati dan bentukkan mengikut cita rasa anda.
- Masukkan dalam peti sejuk selama dua jam.
- Sementara itu satukan serbuk koko dan minyak jagung dan kacau sebati sehingga ketulan serbuk koko tidak kelihatan.
- Celupkan adunan yang disejukkan ke dalam cairan coklat tadi dan masukkan semula dalam peti sejuk.