BAHAN-BAHAN
1 cawan buah kurma – buang biji
½ cawan badam
¼ cawan walnut
¼ cawan serbuk koko
2 biji pisang embun
4 sudu besar mentega
¼ cawan serbuk koko
4 sudu besar madu
CARA MENYEDIAKAN
- Rendam buah kurma dalam air panas selama setengah jam. Kemudian kacau dan toskan.
- Satukan buah kurma, badam, walnut dan seperempat cawan serbuk koko dan kisar lumat.
- Letakkan adunan ke dalam loyang berukuran 8 x 8. Ratakan dengan sudu.
- Satukan pula pisang, mentega, madu, dan seperempat cawan serbuk koko dan kisar. Tuangkan di atas lapisan tadi dan ratakan.
- Masukkan loyang di dalam peti sejuk (tempat beku) selama 30 minit dan potong.