BAHAN A
1 ½ cawan tepung serbaguna
½ sus kecil garam
20 gm oat
½ cawan gula perang
1 sudu kecil serbuk penaik
½ cawan cip coklat
BAHAN B
½ cawan minyak jagung
½ cawan madu
2 sudu kecil esen vanila
CARA MENYEDIAKAN
1. Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah selsius.
2. Ambil loyang berukuran 8 x 8 dan lapikkan dengan kertas surih.
3. Satukan bahan A dalam mangkuk dan gaul sebati.
4. Dalam mangkuk lain satukan bahan B dan kacau sebati.
5. Tuangkan adunan cair ke dalam adunan kering sedikit demi sedikit. Gaul sebati dan tuangkan di atas loyang.
6. Bakar selama 25 minit.