BAHAN-BAHAN
230 gm mentaga kacang
300 gm pisang embun
2 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
¼ cawan minyak jagung
4 sudu besar gula aising
BAHAN LAPISAN BAWAH
2 cawan biskut marie – tumbuk
1 cawan serbuk badam
4 sudu besar mentega cair
CARA MENYEDIAKAN
- Mula-mula kita satukan bahagian lapisan bawah dan ramas sehingga menjadi doh. Lapikkan di atas dulang pai dan tekan padat. Masukkan dalam peti sejuk.
- Untuk bahan pai kita satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar lumat. Tuangkan di atas lapisan pai dan sejukkan semula.