Lewat Sarapan Punca Gemuk..!

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Pasti ramai di antara kita yang sentiasa mengabaikan pengambilan sarapan. Ada yang beranggapan, selagi tidak terasa lapar dan perut masih bertahan tidak mengapa jika dilewatkan sarapan. Tetapi tahukah anda, sebenarnya ia  memberi efek kepada tubuh badan. Jangan terkejut, jika inilah puncanya anda gemuk!

Jika anda mengikut masa sarapan yang betul dan secara teratur, ia membolehkan proses metabolisme badan mempercepatkan proses pembakaran lemak. Sekali gus,  menghasilkan berat badan yang ideal dan membantu kita dalam pembentukkan penampilan.

10 TIP KURUS DAN SIHAT

  1. Sebaik bangun dari tidur, amalkan minum air suam kosong, bagi melancarkan aliran darah.
  2. Bersarapan seawal jam 8.00 pagi adalah masa yang paling sesuai. Jangan tunggu selewat jam 9.00 pagi atau 10.00 pagi, ia sudah terlalu lewat serta mengganggu proses pembakaran lemak.
  3. Sarapan penting untuk menambahkan kembali gula dalam darah setelah kita tidur 8 jam sehari. Untuk detoks, minum segelas air kosong bersama hirisan lemon atau teh herba. Bersarapan setelah satu jam bangun dari tidur.
  4. Menurut satu kajian Jurnal Penyelidikan Obesiti, sarapan pagi secara teratur, boleh mengurangkan berat badan.
  5. Sarapan bukan sekadar untuk menambahkan tenaga semata-mata, malah merupakan pembuka ‘mood’ baik seseorang serta aura positif di pagi hari.
  6. Amalan bersarapan lewat, akan membuatkan kita makan lebih karbohidrat dan pengambilan kalori yang berlebihan dan akhirnya menyumbang kepada masalah obesiti.
  7. Ubah menu sarapan dari nasi lemak, roti canai ke bijirin atau susu. Sarapan hanya suntuk memberi tenaga dan cukup sekadar hidangan ringkas sudah memadai.
  8. Makan sebiji pisang dan segelas air putih setiap pagi untuk tambahan tenaga, anda akan rasa kenyang.
  9. Pengambilan 2 biji telur setengah masak setiap pagi, untuk membentuk otot lebih tegap dan boleh mengelak risiko terkena serangan jantung.
  10. Amalkan makan oat setiap pagi. Kalau tidak suka rasa tawar oat, tambahkan susu dan campuran buah-buahan segar, ia boleh membantu mencegah sakit jantung dan menurunkan kadar kolesterol.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan