AYAM MASAK SOS BUAH PLUM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN :

1 kg  ayam

1 tin cendawan – belah 2

1 batang saderi – potong serong

2 batang leek – potong sepanjang 3 cm

1/2 batang lobak merah – potong bulat

5 cm halia – hiris nipis

1 labu bawang besar – mayang kasar

3 ulas bawang putih – pecahkan

3 sudu besar sos buah plum @ sos plum

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar serbuk pati ayam

2 cawan air

4 sudu makan minyak

 

CARA :

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
  2. Masukkan daging ayam bersama lobak merah dan batang saderi. Balik-balikkan daging ayam dan biarkan seketika sehingga daging ayam layu.
  3. Masukkan sos buah plum, sos tiram dan cendawan serta air.
  4. Masak sehingga kuah mendidih dan kemudian tutup kuali. Gunakan api sederhana.
  5. Serelah daging ayam empuk, masukkan serbuk pati ayam dan leek. Gaul sekali dua, dan padamkan api dapur.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan