Terletak di tengah-tengah bandar Johor Bahru hotel bertaraf empat bintang, Hotel Grand Paragon berkonsepkan moden kontemporari ini menawarkan 358 bilik dan suite. Hotel ini terletak di sebelah Lebuhraya Tebrau, jalan utama yang menghubungkan bandar dengan Singapura di selatan, Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pasir Gudang.
Hanya beberapa minit memandu ke tambak Johor dan 45 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan 30 minit ke Lapangan Terbang Sultan Ismail (SENAI) bersesuaian untuk semua jenis urusan perniagaan. Hotel ini hotel sesuai diinap pengunjung yang inginkan percutian santai mahupun urusan perniagaan.


Hotel Grand Paragon menawarkan bilik standart, deluxe dan eksekutif sama ada katil saiz king atau saiz queen . Bilik bersambung dan bilik-bilik tidak merokok disediakan atas permintaan. Untuk tahap tambahan keselesaan, pengunjung boleh memilih suite sama ada Junior Suite, Family Suite, Premier Suite ataupun Honeymoon Suite. Terdapat juga apartment satu bilik, dua bilik ataupun apartmen dua bilik bersama ruang tamu dan juga dapur.


Pengunjung masih dapat bersukan sambil merehatkan badan, Hotel Grand Paragon menyediakan kolam renang sambil menjamu mata dengan panorama ibu kota. Tidak puas dengan itu, lawati gimnasium secara percuma menyediakan pelbagai peralatan serba guna bagi pengunjung yang mementingkan stamina dan kesihatan.
Bagi yang gemar kan hiburan anda bolehlah ke Paragon Ginza Club yang menawarkan karaoke lounge dengan bilik privasi ataupun terbuka. Dibuka dari jam 7 malam hingga 3 pagi.
Grand Paragon Hotel, Johor Bahru hanya dalam jarak beberapa langkah untuk membeli-belah di kedai-kedai runcit seperti KSL Mall dan Plaza Pelangi Mall. Pastikan anda menikmati dalam suasana yang mewah dengan perkhidmatan yang mesra saat anda melangkah ke dalam Grand Paragon Hotel, Johor Bahru. Sila lawati www.grandparagonhotel.com.my untuk info lanjut.