BAHAN
1 ikat pucuk labu
1 cawan cendawan kukur – rendam
1 kg santan
Sehelai daun kunyit
Garam
BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 tangkai cili api
2 sudu besar ikan bilis
CARA
- Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan cendawan dan daun kunyit.
- Akhir sekali masukkan pucuk labu. Masak sehingga layu.
PESAN SAJI : Pucuk labu diletakkan di atas tapak tangan dan dipusar- pusarkan untuk menghilangkan bulu di daun.