BAHAN
1 ekor ayam – belah 2
BAHAN KISAR
1 batang serai
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
3 cm lengkuas
5 biji buah keras
1 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap hitam
Air secukupnya
Garam
SOS CILI STRAWBERI
BAHAN:
10 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak bijan
6 sudu besar sos ikan
3 sudu besar cuka epal atau cuka makan
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
5 biji strawberi
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
3 biji strawberi di cincang kasar
CARA
- Lumurkan ayam bersama bahan kisar dan perap seketika.
- Masukkan ayam dalam periuk dan reneh dengan api yang kecil selama 30 minit.
- Angkat dan masukan kedalam dulang pembakar. Sapukan sedikit minyak, dan bakar di dalam ketuhar lebih kurang 15 minit dengan api yang sederhana panas.
- SOS CILI STRAWBERI : Kisar cili merah, strawberi dengan bawang putih hingga halus. Masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan sekali minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram dan kicap. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan secawan air.
- Setelah sos pekat dan berkilat, masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Ayam yang telah siap dipanggang, dihidangkan bersama sos cili strawberi.