Bahan tumbuk
10 tangkai cili padi
3 cm  kunyit hidup
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan B
6 tangkai buah munggai
3 cawan santan sederhana pekat
1 cawan air
1 keping asam gelugur
1 batang serai – di ketuk
Garam dan gula secukup rasa
4 ekor ketam – saiz sederhana
CaraÂ
- Tumbuk semua bahan A hingga halus.
- Masukkan santan ke dalam periuk dan nyalakan api dapur.
- Masukkan bahan yang di tumbuk ke dalam santan tersebut dan kacau hingga sebati dan mendidih. Masukkan juga asam gelugur dan juga serai.
- Masukkan pula ketam yang telah di bersihkan satu persatu ke dalam kuah lemak tadi. Masukkan juga buah munggai yang telah di buang kulit luarnya.
- Perasakan dengan garam dan gula. Renihkan hingga masak dan bolehlah matikan api dapur.