BAHAN
1 ekor ikan baung
25 tangkai cili padi
1 cm kunyit hidup
3 keping asam gelugur
10 biji belimbing buluh
2 biji kelapa – ambil santan
Sedikit asam Jawa – membasuh ikan
3 tangkai daun kesum
Garam
CARA
- Ikan baung, dicuci dengan air garam dan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Selain itu, boleh juga dicuci dengan limau nipis. Ketepikan.
- Kisar atau tumbuk cili padi, kunyit hidup sehingga lumat.Kemudian masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan ikan baung dan asam gelugur, didihkan seketika.
- Selepas itu, masukkan santan dan reneh dengan api yang sederhana kecil. Kacau kuah di bahagian atas perlahan-lahan. Apabila mendidih masukkan belimbing buluh dan daun kesum serta garam. Sebatikan rasa pedas, masin dan masamnya.