Langkah Demi Langkah Tepung Gomak Pulut Hitam

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

RESIPI: MARTINI WAGIRAN

BAHAN A:

1 cawan tepung pulut hitam

1 cawan tepung pulut biasa

1 sudu besar tepung gandum

1/2 sudu kecil garam

Air secukupnya

BAHAN B:

Tepung kacang hijau disangai hingga kekuningan

BAHAN INTI:

Inti kelapa

1. Campurkan semua bahan A. Kacau hingga sebati. Adun sehingga menjadi adunan yang sederhana lembut

 

2. Kemudian ambil sedikit adunan dan leper kan.

 

3. Sudu kan inti kelapa yang telah siap. Bulat dan kemaskan.

 

4. Panaskan pengukus dan kukus dengan api yang sederhana hingga masak.

 

5. Setelah itu, angkat dan gaulkan ke dalam tepung kacang hijau yang telah disangai.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan