BAHAN-BAHAN:
1 cawan santan pekat
Satu sudu ovallate
2 biji telur gred A
1 cawan gula
Sedikit esen pandan /air pandan
Sedikit pewarna hijau
2 cawan tepung gandum – ayak
1 sudu kecil serbuk penaik- ayak
BAHAN KELAPA:
1 biji kelapa muda – parut
Garam secukup rasa
Sedikit tepung ubi
CARA MENYEDIAKAN:
- Kacau telur sehingga kembang. Masukkan gula, adun sehingga gula dan telur sebati serta gebu.
- Masukkan ovellate dan adun sehingga sebati serta tiada kesan ovallate.
- Masukkan santan dan esen pandan serta pewarna hijau (boleh juga ditukar dengan perasa dan pewarna yang lain jika suka)
- Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang diayak dan adun sehingga sebati.
- Kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam acuan yang berisi kelapa.
- Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. (pastikan air kukusan benar-benar mendidih). Sedia untuk dihidangkan.
- Untuk menyediakan bahan kelapa, satukan ke semua bahan. Kemudian, padatkan kelapa di dalam acuan sri ayu.