BAHAN-BAHAN:
500 gm ubi keledek
300 gm tepung gandum
50 gm gula pasir
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
- Ubi keledek dibuang kulit, direbus bersama sedikit garam dan dilenyek lumat.
- Masukkan tepung gandum. Uli sehingga adunan sebati dan lembut.
- Bentukkan adunan seberat 50gm berbentuk bujur kemudian leper kan. Masukkan satu sudu kecil gula. Tutup kembali dan bentukkan semula menjadi bujur.
- Goreng di atas api perlahan sehingga kekuningan.