Skip to Content

Saturday, August 19th, 2017
BERBUKA DI IMPIANA HOTEL KLCC – CUKUP MENGGIURKAN

BERBUKA DI IMPIANA HOTEL KLCC – CUKUP MENGGIURKAN

Saji Online

Segala yang terhidang di Tonka Bean Café & Deli cukup menggiurkan. Dan jika anda ‘hantu’ durian, Impiana Hotel KLCC adalah destinasi yang tepat untuk berbuka puasa.

Dengan hanya RM148.00 bagi dewasa dan RM74.00 untuk kanak-kanak ( 4 – 12 tahun), anda bebas menikmati lebih 100 menu berbuka yang cukup memikat selera. Antara menu ‘killer’ Impiana Hotel KLCC pada tahun ini adalah Gulai Keting Rebung, Kari Kepala Ikan Pedas, Sup Gear Box, Kambing Bakar  dan Roti Pak John yang disediakan oleh Chef Eksekutif, Chef Mazlee Abdul Rahman.

Dan lebih istimewa, anda turut dijamu dengan Air Zam Zam untuk berbuka. Dan bagi kanak-kanak, tiada apa yang lebih istimewa dan magikal apabila dihidangkan dengan seleksi aiskrim Baskin-Robbins. Menarik kan?

Pengalaman SAJI sendiri ketika berbuka puasa di Tonka Bean Café & Deli, segalanya cukup sempurna. Mulakan hidangan dengan seleksi hidangan laut segar seperti tiram dan udang dan kemudian beralih kepada Sup Gear Box sebagai pembuka selera. Favourite SAJI adalah Gulai Keting Rebung, rasanya super lazat.

Lebih menarik apabila terdapat stall buah-buahan segar seperti Durian, Mangga, Manggis, Dokong, Laici dan macam-macam lagi. Tepat jam 8.00, stall mula dikerumuni untuk berpesta DURIAN. Makanlah sebanyak mana yang anda mampu.

SELERA SERANTAU di Impiana Hotel KLCC bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Untuk tempahan, hubungi 03-21471025 atau emel fnbrsvp.iklcc@impiana.com

FOTO : MOHD FAIZ ZAKARIA

 

Previous
Next