BAHAN-BAHAN :

500 gm ubi keledek putih atau oren – buang kulit

1 sudu besar tepung ubi

400 gm tepung gandum

1/2 sudu kecil garam

Minyak masak untuk menggoreng

 

BAHAN SIRA

300 gm gula pasir

100 ml air

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ubi keledek direbus hingga empuk dan dilenyek. Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga tidak melekat di tangan. Bulatkan kemudian leperkan. Bentukkan lubang bulat di tengah-tengah.
  2. Setelah siap, goreng menggunakan api sederhana sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. SIRA : Masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat.
  4. Masukkan keria dan gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali. Segera tutupkan api.Terus mengacau hingga gula kering berkeping-keping, menyaluti keseluruhan bahagian kuih.